top of page

SUBJEK GEOGRAFI YANG DIPELAJARI OLEH PELAJAR TINGKATAN 1, 2 DAN 3

CUACA DAN IKLIM DI MALAYSIA

Malaysia mengalami iklim jenis Khatulistiwa. Iklim Khatulistiwa bersifat panas dan lembap sepanjang tahun. Malaysia mencatatkan suhu yang tinggi dan setara (hampir sama) sepanjang tahun. Min suhu tahunan ialah di antara 26oC hingga 27oC. Kawasan tanah tinggi, seperti Cameron Highland, mengalami suhu yang lebih rendah, iaitu kira-kira 18oC. Malaysia menerima hujan lebat, iaitu kira-kira 2000 mm - 3000 mm setahun.

 

Ciri-ciri Iklim Di Malaysia
Ciri-ciri iklim negara Malaysia dapat dikenal pasti dari segi:

  • Suhu

  • Hujan

  • Angin

  • Kelembapan Bandingan Udara

 

SUHU Malaysia mengalami suhu yang tinggi dan setara sepanjang tahun. Min suhu tahunannya adalah kira-kira 260C hingga 270C.Min suhu tahunan di kawasan tanah pamah adalah kira-kira 270C, manakala di kawasan tanah tinggi, min suhu lebih rendah. Julat (perbezaan suhu tertinggi dengan suhu terendah) suhu tahunan adalah pula kira-kira 180C. Bagaimanapun, julat suhu harian adalah tinggi, iaitu kira-kira 70C. Malaysia mengalami julat suhu tahunan yang kecil kerana:

  • Suhu agak sekata sepanjang tahun

  • Menerima pancaran matahari sepanjang tahun

  • Kelembapan bandingan udara tinggi (kira-kira 85%)

  • Langit diliputi oleh awan yang tebal

  • Litupan hutan yang tebal dan luas

  • Sifat kepulauannya iaitu dikelilingi oleh laut. 

 

HUJAN Malaysia menerima hujan lebat sepanjang tahun, kira-kira 2030 mm. Taburan hujan di Malaysia tidak sekata dari sebulan ke sebulan dan dari satu tempat ke tempat yang lain kerana faktor-faktor seperti:

  • Tiupan angin

  • Litupan awan

  • Bentuk muka bumi.

   

Malaysia tidak mengalami musim kemarau yang nyata tetapi terdapat masa kemarau yang singkat di beberapa buah kawasan. Namun begitu, kemarau tidak berlaku setiap tahun di tempat yang sama.Jumlah hujan tahunan1. Melebihi 3500 mm-Kaki bukit Kelantan dan Terengganu-Bukit Larut di Perak-Gunung Jerai di Kedah-Gunung Batu Putih di Banjaran Titiwangsa2.3000-3500 mm-Pantai Timur Semenanjung Malaysia-Pantai Utara Sabah-Bahagian Tengah Sarawak3.2500-3000 mm-Pedalaman Pantai Timur Semenanjung Malaysia-Bahagian Selatan Semenanjung Malaysia-Kaki Bukit Banjaran Titiwangsa-Pantai Barat dan Tengah Sabah4.2000-2500 mm-Pantai Barat Semenanjung Malaysia-Kawasan Pedalaman Semenanjung Malaysia-Kawasan Pedalaman Sabah5.Kurang 2000 mm-Daerah Jelebu dan Kuala Pilah di Negeri Sembilan-Kawasan pantai antara Kuala Selangor dengan Lumut

Kebanyakan hujan turun dalam bentuk hujan bukit dan hujan perolakan. Taburan hujan di Malaysia dipengaruhi oleh angin Monsun Timur Laut dan angin Monsun Barat Daya. Selain itu, Angin Sumatera bertiup pada masa yang sama dengan angin monsun barat daya.

 

TIUPAN ANGIN Malaysia mengalami dua jenis tiupan angin yang utama iaitu:

  • Angin Monsun Timur Laut

  • Angin Monsun Barat Daya

 

Malaysia juga mengalami tiupan angin Sumatera yang bertiup dari Pulau Sumatera. Angin ini melanda kawasan pantai barat Semenanjung Malaysia terutamanya dikawasan-kawasan antara Pelabuhan Klang dan Johor Bharu.

 

Kawasan pinggir pantai Malaysia juga mengalami dua jenis angin tempatan iaitu bayu laut dan bayu darat.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bayu Laut berlaku pada waktu siang kerana pada waktu siang daratan lebih panas cepat menjadi panas berbanding dengan lautan.

 

Suhu udara di permukaan daratan lebih tinggi daripada suhu di permukaan lautan.

 

Daratan mengalami tekanan udara rendah manakala lautan mengalami tekanan udara tinggi.

 

Udara bergerak dari lautan yang bertekanan tinggi ke daratan yang bertekanan rendah sebagai bayu laut.

 

BENTUK MUKA BUMI DI MALAYSIA

Negara kita terdiri daripada kawasan tanah tinggi, tanah pamah, saliran dan pinggir laut

 

Tanah Tinggi merupakan banjaran gunung yang tinggi dan agak

selari:

  • Terbentuk daripada hasil proses lipatan kerak bumi

  • Terdiri daripada batu granit dan batu kapur

  • Terletak di kawasan yang stabil dan bebas daripada

  • kegiatan gunung berapi serta gempa bumi.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tanah Pamah merujuk kepada kawasan yang rendah dan

rata:

 

  a)  Kawasan tanah pamah merupakan kawasan tumpuan

penduduk, bandar, jaringan jalan raya dan landasan keretapi

dan pelbagai kegiatan ekonomi.

 

  b)  Kepentingan tanah pamah di Malaysia adalah untuk tujuan:-

  • Tapak bandar dan kawasan perindustrian perlombongan bijih timah (lembah Kinta & Lembah Klang)

  • Kawasan pertanian (Dataran Kedah, D. Kelantan Delta Terengganu) yang mana beraluvium, sesuai untuk penanaman padi.

  • Kawasan berlaun dan kawasan kaki bukit yangmana sesuai untuk penanaman getah dan kelapa sawit.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pinggir Laut

 

  • Semua negeri di Malaysia mempunyai pinggir laut, kecuali Wilayah Persekutuan K.L. dan Putrajaya

  • Laut di sekeliling Malaysia adalah cetek kerana terletak di atas pentas benua yang dikenali sebagai pentas Sunda

  • Pulau merupakan daratan yang dikelilingi oleh laut

  • Pulau-pulau seperti Pulau Langkawi, Pulau Pangkor, dan Pulau Redang penting untuk kegiatan perikanan dan pelancongan.

  • Ciri fizikal yang terbentuk akibat hakisan ombak ialah:

            - Tebing tinggi

            - Teluk

            - Tanjung

            - Gua

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Saliran 

 

  • Sungai menerima banyak hujan sepanjang tahun

  • Sungai-sungai di Malaysia adalah pendek dan beraliran deras di bahagian hulu dan berliku-liku di bahagian hilirnya

  • Sungai Rajang adalah sungai yang terpanjang di Malaysia manakala sungai Pahang adalah sungai yang terpanjang di Semenanjung Malaysia

  • Contoh tasik semula jadi di Malaysia :

              - Tasik Bera

              - Tasik Chini

  • Tasik buatan manusia adalah seperti :-

              - Tasik Chenderoh

              - Tasik Temengor

              - Tasik Kenyir

 

.

STRUKTUR MUKA MUKA DI MALAYSIA

 

 

Kerak bumi  

  • Lapisan luar yang sangat pejal dan keras.Kerak bumi merujuk kepada lapisan luar planet bumi. Pemukaan sesebuah planet kebiasaannya terbentuk dari bahan yang kurang tumpat berbanding dengan lapisan yang lebih dalam.

 

Sial 

  • Terletak di atas sima

  • Tebal antara 30 – 50 km

  • Ketumpatan 2.65 hingga 2.7 g/cm padu

  • Mengandungi silika dan aluminium batuan utama ialah grani

 

Sima

  • Terletak di bawah sial

  • Tebal antara 5 – 10 km

  • Ketumpatan 2.8 hingga 3.1 g/cm padu

  • Mengandungi sillika, besi dan magnesium

  • Batuan utama ialah basalt lapisan mantel

  • Lapisan kedua selepas kerak bumi

  • Meliputi 82% daripada isipadu bumi

  • Dipisahkan dari kerak bumi oleh satu lapisan ketakselanjaran Mohorovicic dan dipisahkan dari teras bumi oleh ketakselanjaran Guttenberg

  • Tebal lebih kurang 2830 km dengan ketumpatan 3.0 hingga 3.37 g/cm3

  • Lapisan atas mantel mengandungi lapisan batuan pejal dan kaya dengan basalt olivin.

  • Lapisan astenosfera terletak di bahagian atas mantel

  • Lapisan ini mengandungi batuan cair kerana suhu tinggi iaitu sehingga 1400 darjah celcius

  • Membolehkan litosfera terapung di atasnya

  • Suhu di dalam lapisan mantel adalah antara 800 hingga 1600 darjah celcius

 

Teras bumi

  • Merupakan lapisan bumi yang paling dalam. Dikenali sebagai barisfera. Ketebalan ialah 3470 km Suhu sangat tinggi 3000 hingga 5000 darjah celcius Kaya dengan logam seperti nikel dan besi Terdiri daripada teras luar dan dalam

 

Teras luar

  • Terletak antara 2900 -5150 km dari permukaan bumi

  • Ketumpatan antara 10.0 g/cm3 – 12.3 g/cm3

  • Suhu dalam lingkungan 3000 darjah celcius

  • Batuan dalam bentuk cecair

 

Teras  dalam                                                                                                                                                      

  • Terletak antara 5150 – 6370 km dari permukaan bumi

  • Ketumpatan antara 13.3 g/cm3 – 13.6 g/cm3

  • Suhu dalam lingkungan 5000 darjah celcius

  • Batuan dalam bentuk pepejal

FLORA DAN FAUNA DI MALAYSIA

Setiap pelajar yang belajar mata pelajaran Geografi tentunya telah mempelajari tentang tumbuh-tumbuhan semula jadi. Mungkin sekadar kenal satu mahupun tiga jenis iaitu hutan hujan tropika, hutan monsun tropika dan hutan gunung. Sebenarnya masih banyak lagi jenis tumbuhan semula jadi yang belum diketahui sepenuhnya oleh sebahagian daripada kita.


Jenis tumbuhan semulajadi dibahagikan mengikut jenis iklim kerana faktor utama pertumbuhan pokok-pokok adalah bergantung kepada iklim (suhu, hujan). Sekiranya kita berada di zon iklim panas, maka sudah tentu kita tidak dapat mengenali daun maple, lavender ataupun baobab. Begitu juga apabila kita dibesarkan di kawasan gurun, maka kita tidak mengenali pokok cengal, jati ataupun merbau.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

LAPISAN-LAPISAN HUTAN HUJAN TROPIKA

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Lantai hutan yang jarang - terdapat pokok renek, tumbuhan herba, saprofit (kulat, cendawan), lumut dan juga akar banir. 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Hidupan liar - kelawar, burung, monyet, tupai, musang, seladang, harimau, kancil 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

KEPENTINGAN TUMBUHAN SEMULAJADI DI MALAYSIA

 Kepentingan Tumbuhan Semula Jadi dalam Ekosistem

 

  • Ekosistem dalam suatu sistem yang melibatkan tindak balas antara benda hidup dengan benda bukan hidup.Komponen benda bukan hidup terdiri daripada tanih, air, udara, dan cahaya matahari. Komponen ini menyediakan persekitaran luar bagi komponen benda hidup. Komponen benda hidup terdiri daripada semua spesis tumbuhan dan haiwan yang hidup dalam persekiran ini. Setiap komponen dalam sesuatu ekosistem memainkan peranan masing-masing.
     

  • Tumbuhan hijua memerlukan tanah, air, udara, karbon dioksida dan cahaya matahari untuk membuat makananya sendiri melalui proses fotosintesis. Melalui proses ini, oksigen dibebaskan. Tumbuhan menjadi makanan kepada haiwan. Oksigen yang dibebaskan pula diperlukan olen haiwan untuk pernafasan. Peranan tumbuhan ini disebut sebagai pengeluar.
     

  •  Haiwan, contohnya arnab memakan rumput dan daun. Haiwan ini disebut sebagai herbivor. Arnab pula menjadi makanan kepada haiwan karnivor seperti musang dan harimau. Arnab,musang, dan harimau adalah penggunadalam ekosistem ini.
     

  • Apabila haiwan-haiwan ini mati, pengurai seperti kulat dan bakteria akan bertindak mereputkan bangkainya. Bahan yang terurai menjadi nutrien yang menyuburkan tanih. Dalam hal ini, peranan pengurai adalah sebagai penukar. Nutrien yang dihasilkan itu akan diserap oleh tumbuhan sebagai sumber bahan untuk membuat makananya. Oleh itu, peranan tumguhan sebagai pengeluar adalah sangat penting. Penebangan tumbuhan semulajadi akan menyebabkan kekurangan sumber makanan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tumbuhan Semula Jadi sebagai Penghalang Hakisan

 

  • Hutan memainkan peranan yang penting dalam mencegah hakisan tanah. Hutan bertindak sebagai penutup bumi semulajadi dan melindungi tanah daripada hakisan air dan angin. Kanopi hutan yang berdaun rimbun mengurangkan hakisan hujan. Daun-daun pokok berfungsi memecahkan butiran hujan dan memperlahan kelajuan titisan air hujan. Liputan daun dan sarap di atas permukaan tanah juga merendahkan hakisan air larian. 
     

  • Akar-akar pokok berfungsi untuk mencengkam tanih dan menahannya daripada dihakis oleh air. Rumput danpokok-pokok renek yang tumbuh di permukaan lantaihutan akan turut melindungi tanih darplada di hakis. Kawasan yang tidak di liputi tumbuh-tumbuhan mudah mengalami hakisan tanah. Tanih yang terhakis akan dibawa ke sungai dan menyebabkan dasar sungai menjadi cetek.
     

  • Di kawasan paya air masin pula, pokok-pokok bakau dapat menghalang tindakan hakisan oleh air laut. Akar pokok bakau menguatkan struktur tanah serta menahan tindakan ombak di pinggir laut

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kepentingan Tumbuhan SemulaJadi sebagai Kawasan Tadahan Hujan

 

  • Hutan di kawasan tanah tinggi penting sebagai kawasan tadahan hujan hutan init merupakan kawasan yang luas tukmenadah dan mengumpulkan air ketika hujan. Hutan akan bertindak sebagai span berongga yang besar yang menyerap serta menapis air lalu mengalirkan perlahan-lahan ke anak sungai, empangan, kolam, dan tasik. Contohnya, kawasan hutan Padang Terap, Sik, dan Baling di Kedah yang seluas 160 000 hektar itu merupakan kawasan tadahn hujan bagi Empangan Pedu, Ahning, Muda, dan Beris. Air daripada empangan ini menjadi sumber bekalan air yang utama di seluruh negeri Kedah.
     

  • Air yang  diserap ke dalam tanah di kawasan ini ditapis secara semulajadi. Air ini sangat bersih dan jernih. Air ini akan keluar ke permukaan tanah melalui mata air.  Air ini ada yang di komersialkan sebagai air mineral. Walau bagaimanapun, air dari sungai atau empangan perlu ditapis dan di bersihkan untuk menjamin kebersihannya sebelum  disalurkan ke rumah-rumah.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tumbuhan Semula Jadi sebagai Tempat Perlindungan Hidupan Liar

 

  • Beberapa kawasan hutan di Malaysia telah dijadikan kawasan perlindungan hidupan liar, khususnya bagi haiwan-haiwan yang hampir pupus. Hutan Simpan Kabili, Sepilok di Sabah dan Hutan Simpan Semonggok, di Sarawak dijadikan tempat perlindungan orang utan. Hutan Endau-Rompin, di Johor dijadikan tempat perlindungan badak sumbu.
     

  • Kawasan-kawasan lain seperti Taman Negara Pahang, Taman Negara Mulu di Sarawak, dan Hutan Belum di Perak menjadi tempat perlindungan bagi segala jenis hidupan liar. Di hutan ini, haiwan seperti gajah, tenuk dan tenggiling dapat hidup bebas daripada ancaman manusia.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

bottom of page